Tuesday, June 15, 2010

Sejarah Awal Baitul Syifa

Bermulanya siri-siri pengubatan Islam secara aktif di Segamat terutamanya di Kampung Bumbun, semenjak beberapa tahun yang lalu. Peringkat awal penglibatan dalam pengubatan Islam ialah dengan Kursus Pengubatan Islam pertama sekitar tahun 2003 (kalau tak silap) di bangunan Nursalam, Kersani TC di Kg. Bumbun. Peserta-peserta seramai lebih kurang 30 orang telah didedahkan dengan pengenalan penyakit-penyakit mistik iaitu gangguan jin. Perkongsian pengalaman itu telah disampaikan oleh Ustaz Sobri Abdul Rahman iaitu anak murid kepada Ustaz Haron Din. Pengamal-pengamal pengubatan Islam yang berminat akan dibekalkan dengan bacaan2 tertentu dan amalan yang mesti dilalui untuk diberikan ijazah.

Pengalaman pertama ketika mendengar dan menghayati kisah-kisah yang diceritakan oleh Ustaz Sobri cukup menarik. Beberapa slaid Power Point yang sangat mengesan dan membantu peserta menambah rasa ingin menceburi lebih lanjut bidang pengubatan Islam.

Sehingga kini Baitul Syifa yang ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008 telah banyak membantu golongan yang memerlukan bantuan terutamanya berbentuk gangguan-gangguan jin dan sihir. Dibawah peneraju Ir. Hj. Abdul Manaf Ismail atau lebih mesra digelar Pak Long dan Mak Long iaitu Pn. Siti Hawa Talib yang sentiasa menerima tetamu yang tidak kunjung padam. Menurut Pak Long, sehingga kini pesakit-pesakit yang telah direkodkan (selepas inisiatif rekod diadakan) encapai lebih 2000 orang dengan pelbagai latar belakang dan tempat. Pengunjung-pengunjung termasuklah dari jauh seperti Singapura, Kelantan dan Thailand.

Demi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah, Baitul Syifa sehingga kini telah bekerjasama dengan beberapa badan-badan, sekolah dan lain-lain telah menganjurkan sebanyak 5 Kursus Pengubatan Islam. InsyaAllah... jika terdapat ruang masa dan kesempatan, Baitul Syifa Segamat bercadang akan mengadakan siri-siri Pengubatan Islam di cawangan-cawangan lain pula seperti Batu Pahat dan Muar.

Pelopor Awal

Peringkat awal, Kursus Pengubatan Islam di Segamat diadakan untuk memberi pendedahan kepada rawatan-rawatan histeria yang berlaku di sekolah-sekolah berhampiran. Orang yang bertanggungjawab telah menemukan Pak Long dengan Ustaz Sobri Abdul Rahman ialah PM Ustaz Nawawi Yaakob; pensyarah UITM Segamat dan Ustaz Sidek Abdullah; juga pensyarah UITM.

Tidak keterlaluan jika diibaratkan bahawa mereka berdua telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan Kursus Pengubatan Islam berjalan dengan lancar dan telah melakukan followup demi melahirkan pengamal perubatan Islam yang baru.

Hasrat yang besar telah dipikul oleh Pak Long dan Mak Long Kersani TC untuk terus memainkan peranan demi menjadikan Pengubatan Islam sebagai satu-satunya jalan keluar kepada masalah gangguan jin. Kesedihan melihat masyarakat Melayu Islam yang semakin mudah terpedaya dengan bomoh-bomoh Siam maupun Melayu yang banyak menggunakan kaedah rawatan yang berasaskan jin itu sendiri, pemujaan keris dan tengkorak telah menyebabkan Baitul Syifa berusaha menempatkan diri dalam mengembalikan ruh Islam agar menjauhi syirik kepada Allah SWT.

Matllamat Baitul Syifa

Akan diceritakan akan datang...

Pengubatan Islam - Cabaran masa kini

Pengubatan Islam menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran telah lama digunakan oleh para sahabat dalam usaha mereka menyembuhkan pelbagai penyakit. Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan sememangnya mempunyai penyembuh kepada semua penyakit. Dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda bahawa semua penyakit mempunyai ubatnya melainkan kematian.

Kebelakangan ini, ramai pesakit yang telah mengidap penyakit misteri seperti gangguan mental dan tidak kurang juga yang melibatkan fizikal seperti tidak mamu berjalan, lemah beakang, lumpuh dan sebagainya. Pemeriksaan doktor secara saintifik yang dijalankan kepada pesakit-pesakit tidak mampu menemui punca penyakit apatah lagi untuk memberikan satu rumusan bagaimana menyembuhkan penyakit-penyakit misteri tersebut.

Kebanyakan penyakit-penyakit misteri seperti itu berpunca daripada gangguan-gangguan syaitan atau jin yang sentiasa ingin menyesatkan. Tambahan lagi terdapat manusia yang mempunyai niat yang buruk terhadap orang lain telah `menghantar' jin-jin terutamanya jin-jin kafir untuk menyempurnakan hajat buruk tuannya. Maka jin-jin tersebut berada di dalam badan pesakit mengikut kehendak penghantarnya. Ini termasuklah berada di tulang-tulang belakang, di kepala, di celah-celah kelangkang dan lain-lain tempat yang boleh menganggu pesakit.